Ini Cara Betul Isi Minyak Untuk Elakkan Pembaziran Yang Ramai Tak Tahu

Ramai yg tak tau macam mana nk isi minyak semasa di stesen minyak. Ramai juga yang di antara kita hanya tahu bayar duit minyak di kaunter dan terus pam minyak.

Tekan high and lock dan seterusnya tengok keadaan seekeliling. Bila siap isi terus start engine. Bila minyak cepat habis mula la pening kepala salahkan stesen minyak tu tak bagus, kereta ada masalah, beli fuel saver macam-macam brand.

Ini tips-tips yg berguna pada kita agar kita tahu dan faham. mungkin lepas ini kita dah tak kena tipu dan kesslamatan semua orang termasuk diri sendiri serta keluarga terjaga.

panduan dan langkah berhati hati harus kita pupuk dan amalkan agar tidak terjadi kepada kita. Jom saksikan dan simpan agar kita terselamat dari bencana kecelakaan dari kecuaian diri sendiri atau pun org lain. Dapat jugak menolong seekiranya terjadi pada org lain.

Berikut merupakan empat Rahsia Isi Minyak Yang Anda Tidak Tahu.

Pertama, Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.

Ini kerana Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

Kedua Isi minyak dengan perlahan-lahan.

Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.

Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

Ketiga, Isi minyak semasa tangki separuh penuh.

Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap seekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya.

Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.

Keempat Isi minyak petrol ikut liter.

Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit. Contohnya ialah anda Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46.

Ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.

Perkongsian terakhir, Jangan lupa untuk m4tikan enjin kereta dan elakkan penggunaan handphone semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak.

Peringatan yang terakhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol, JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.