Lakukan Cara Ini Untuk Bahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak mesti mahukan yang terbaik buat ibu bapa mereka. Membahagiakan ibubapa merupakan kewajipan bagi seorang anak. Anda tidak perlu memikirkan perkara yang rumit untuk membahagiakan mereka. Cukuplah dengan perkara mudah tetapi mampu memberikan kesan bermakna dan membahagikan mereka. Jom ikuti cara mudah berikut:-

Jadi Anak Yang Baik dan Patuh

Ibu bapa mana yang tidak bahagia jika mempunyai anak yang baik dan patuh. Semestinya sikap ini yang menjadi harapan mereka. Walaupun ianya dilihat mudah tetapi ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dipratikkan. Namun sebagai anak, kita harus berusaha sedya upaya untuk patuh kepada ibubapa. Jika ada perkara yang anda tidak bersetuju, bincanglah dengan baik dan penuh adab. Jangan sampai mereka terluka dengan sikap keras kepala kita.

Membantu Meringankan Beban Mereka

Ibu bapa pastinya begitu gembira jika mempunyai anak-anak yang selalu membantu mereka. Lebih mengembirakan mereka jika bantuan tersebut dihulur tanpa dipinta. Sebagai anak, selalulah bertanya khabar dan mengambil tahu jika ibu bapa kita mempunyai masalah. Jika ada, usalah ringankan beban mereka. Mereka sudah berkorban sejak anda dalam kandungan, kini giliran anda membalas pengoranan mereka!

Bersungguh-Sungguh Untuk Membahagiakan Mereka

Ramai yang tidak mengambil berat perasaan orang tua. Apa yang si anak tahu hanyalah berfoya-foya dengan lebih mengutamakan kehendak orang lain seperti kawan-kawan daripada kehendak orang tua. Bagi mereka, cukuplah sekadar bertanya khabar sekali sekala dan menghulur duit jika pulang ke kampong. Sebenarnya, ibu bapa pasti akan bersedih jika melihat anak mereka bersungguh-sungguh memenuhi kehendak orang lain tetapi sambal lewa membahagiakan mereka.

Mulai hai ini, ubahlah sika panda. Tunjukkan kesungguhan anda mengambil berat hal meraka dan berusaha membahagiakan mereka walaupun anda juga punya kekangan tersendiri. Jika mereka bahagia, pasti urusan harian anda juga semakin tenang dan bahagia kan?

Selalu Bertanya Khabar

Pernah kita dengar ada anak yang akan menghubungi ibu bapa mereka setiap hari malah ada juga yang berbuat lebih dari itu sehingga berkali-kali dalam sehari. Syabas kepada anda yang berjaya melakukan hal ini. Tetapi jika anda belum mengamalkannya, cubalah hubungi mereka paling tidak pun seminggu sekali. Ibu bapa sangat gembira mendapat perhatian dari anak-anak walupun sibuk dengan kerja harian. Mereka akan rasa dihargai dan disayangi oleh anda.

Menziarahi Mereka

Mungkin ini agak sukar bagi mereka yang bekerja jauh dari kampong halaman. Tetapi buat mereka yang tinggal berdekatan dengan ibu bapa, ziarahlah mereka. Bawa anak-anak kerana orang tua sangat suka bermain dengan cucu mereka. Buat anda yang tinggal jauh dari keluarga, ziarahlah mereka dengan menggunakan cuti yang ada sebaiknya. Luangkan masa bersama mereka semaksima mungkin selagi mereka masih ada.

Jadi Anak Yang Berjaya

Maksud berjaya disini luas. Bukan semua dari kita terpilih sebagai pelajar terbaik atau pekerja terbaik di sebuah syarikat. Kejayaan bukan hanya diukur dengan nilaian prestasi akademik dan kerjaya semata-mata tetapi ukurannya melangkaui apa yang difikirkan. Berjaya bermakna anda sudah melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara. Hasil yang ditunjukkan anda pasti membanggakan kedua ibu apa. Mereka akan bangga dengan diri sendiri kerana berjaya mendidik anda hingga ke tahap terbaik.

Ringankan Mulut Mengucap Terima Kasih

Ucapan terima kasih sangat berat untuk kita tuturkan kepada ibu bapa kan? Jangan malu untuk mengungkapkan terima kasih walaupun sekecil-kecil perkara. Ia cukup menyenangkan bagi orang tua.

Terbuka dan Jujur

Orang tua akan lebih selesa bila kita mengamalkan sikap terbuka dan jujur mengenai apa jua perkara. Bahkan kadangkala ketika kita berbohong, sebenarnya mereka mengetahui hal tersebut namun memilih untuk tidak menyakiti dan menyinggung perasaan kita. Justeru, merekalah yang merasa kecewa. Jangan biarkan hal ini terjadi. Berterus teranglah dan mintalah pandangan dan doa dari mereka jika anda menghadapi sebarang masalah.

Berkahwin

Aik? Kenapa berkahwin juga tersenarai? Hehe. Ye, kita tahu urusan jodoh di tangan Tuhan. Tetapi kita sebagai manusia, berdoalah dan berusaha untuk mendapat pasangan hidup yang baik. Tidak ada yang paling membahagiakan orangtua selain melihat anak-anaknya berkahwin dan memiliki kehidupan baru yang bahagia dengan pasangan yang dicintai. Momen pernikahan kita akan menjadi saat yang paling membahagiakan bagi mereka. Jadi, sila kahwin!

Doakan Mereka

Walaupun ia diletakkan pada tips terakhir, hakikatnya doa merupakan senjata utama dalam apa jua urusan termasuklah urusan membahagiakan orang tua. Berdoalah sentiasa kepada Allah S.W.T supaya kita semua tergolong dari kalangan anak-anak yang soleh dan solehah; yang mampu menjadi sebab untuk menghantar ibu bapa ke syurga di akhirat kelak. InsyaAllah.

Nah, apa tunggu lagi. Jangan bertangguh untuk membahagiakan mereka. Pastinya hidup anda akan lebih aman dan bahagia dengan senyuman kegembiraan orang tua. Jom sama-sama kita amalkan.